Sabtu, Februari 19, 2011

~Alhamdulillah..~

Lamanyer tak menjenguk blog..dek kerana kesibukan yg amat sgt..Alhamdulillah hari ini masih lagi diberi kesempatan...


Alhamdulillah..lagi dan lagi?

nikmat Iman..
nikmat Islam..

manakah yang lebih besar..

Alhamdulillah lagi..
nikmat tubuh badan..
nikmat pancaindera..

Tadi 'berjalan-jalan' di youtube..terjumpa youtube MHI TV3, Hj.Muhammad Lee Abdulllah, seorang yang buta boleh membaca al-Quran dengan baik dengan 'braile'....
kita yang sempurna?

Islam.. agama fitrah.. kita dikurniakanNya..
Iman.. pengisi jiwa.. alhamdulillah..

ada orang disekeliling kita..yang jahil setelah alim.. yang sesat setelah benar..
mudah2an hati kita diistqomahkan..dan tidak dibolak-balikkan..

"Allahumma ya muqallibal qulub, thabbit qulubana 'ala to'atik"

INFINITI alhamdulillah....

Jumaat, Disember 10, 2010

setahun..

10 DISEMBER 2009-10 DISEMBER 2010...
Begitu cpt masa berlalu..bagaikan semalam berlaku..

kata seseorang "seCINTA mana pun seorang lelaki terhadap seorang wanita, di hatinya tetap seorang IBU" ~

kataku "hanya ada IBU BAPA yang SAYANG, CINTA dan TERIMA kita sepenuh hati tanpa syarat"

hayatilah bersama... ringkas. tapi.. ketahuilah MAK adalah insan mulia di hati aku dan kau!

+++


rindu mak yang teramat sangat. namun aku tahu mak mesti inginkan aku menjadi anak yang kuat dan tabah dalam menghadapi liku-liku kehidupan..

wahai insan kekasih hati.
di hatiku hanya dirimu. tiada dua..tiga apatah lagi.
ku titipkan doa buamu..agar engkau bahagia.. kerana syurgamu adalah syurgaku...

mak..
terima kasih..
kerana mengandungkanku selama 9 bulan lamanya.
terima kasih..
kerana membawaku ke mana2 saja di dalam rahim, tersemat rahimNya..Subhanallah.

mak..
terima kasih..
atas kelahiranku..atas kesudianmu..atas penggadaian nyawamu.

mak..
terima kasih..
atas susuanmu..
halalkan segalanya makk...

mak..
terima kasih...
atas didikanmu..
atas kesabaranmu..

mak..
terima kasih..
atas Cintamu yang tiada syarat.
atas pengorbananmu.
segala2nya...

ya Rabb.. damaikan hatinya,permudahkan segala-galanya.. kurniakan syurgaMu ya Allah! dan tempatkannya di kalangan hamba-hambaMu yang beriman dan Kekasih-Kekasih pilihanMu...aminn..

Al-Fatihah..

Selasa, November 09, 2010

Gaji Pemimpin Negara


Kerajaan Persekutuan membelanjakan sejumlah wang sebagai emolumens dan persaraan pemimpin Negara, sebagaimana yang diluluskan Parlimen. Ini termasuk elauns kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong dan sekalian anggota eksekutif dan Ahli Parlimen (Dewan Rakyat dan Negara).

Elauns untuk DYMM SPB YDP Agong:
Ini adalah dibawah Undang-undang Malaysia Akta 269 (Akta Peruntukan Diraja 1982). Ini bajet tahunan untuk SPB YDP Agong. Ianya akan dibayar secara bulanan kepada SPB YDP Agong. Selain dari elaun untuk SPB YDP Agong ni, mereka masih dapat elaun DYMM Sultan dari negeri masing masing.

1. Privy Purse – RM 360,000.00 (bulanan adalah RM 30,000.00).
2. Elaun kerajaan – RM 120,000.00 (bulanan sebanyak RM 10,000.00)
3. Elaun diraja Istana Negara – RM 144,000.00 (bulanan sebanyak RM 12,000.00)
Maka, jumlah elauns sebulan SPB YDP Agong adalah sebanyak RM 52,000.00

Elauns untuk DYMM SPB Raja Permaisuri Agong:

1. Privy Purse - RM 67,200.00 (RM 5,600.00 sebulan).
2. Elaun kerajaan – RM 21,600.00 (RM 1,800.00 sebulan).
Maka, jumlah elauns sebulan SPB Raja Permaisuri Agong dapat ialah RM 7,400.00

Selain daripada tu, setiap tahun SPB YDP Agong dapat peruntukan lebih RM 53 million untuk perbelanjaan istana, sambutan tetamu dan untuk gaji pekerja dan kakitangan istana. Pecahan bajetnya adalah seperti berikut:

1. Perbelanjaan istana, keraian dan sambutan tetamu – RM 52,259,100.00
2. Gaji kakitangan istana – RM 1,004,880.00

Elauns mantan SPB YDP Agong dan SPB Raja Permaisuri Agong:
(Termaktub dibawah peruntukan Undang-undang Malaysia Akta 270 (Akta Istana Negara Elaun-elaun Diraja 1982) pindaan 2006).

Dibawah akta ni elaun akan dibayar kepada mantan SPB YDP Agong dan mantan SPB Raja Permaisuri Agong setiap bulan untuk seumur hidup.

1. Elaun Diraja Istana Negara untuk mantan SPB YDP Agong – RM 15,180.00 sebulan.
2. Elaun Diraja Istana Negara untuk mantan Raja Permaisuri Agong – RM 4,500.00 sebulan.

Pencen khas untuk balu SPB YDP Agong:
Ini adalah pencen untuk balu SPB YDP Agong. Bermakna kalau seorang SPB YDP Agong itu mangkat semasa dalam takhta, maka balu baginda (yang juga SPB Raja Permaisuri Agong) akan dapat pencen ini, termaktub di bawah Undang-undang Malaysia Akta 223 (Akta Pencen Khas Raja Permaisuri Agong 1979).

Inilah elauns yang dinikmati balu SPB YDP Agong yang mangkat semasa diatas takhta:

1. Pencen seumur hidup – RM 4,500.00 sebulan.
2. Kereta (cukai jalan dan bayaran pendaftaran percuma) atau wang pukal RM 250,000.00 untuk motorkar. Imbuhan tambahan RM 2,590.87 sebulan untuk pemandu dan penyelengaraan motorkar juga dinikmati.
3. Rumah Kerajaan yang akan disenggara oleh Kerajaan atau wang pukal RM 750,000.

Elaun DYMM Sultan dan kerabat (contoh Kedah):
Elaun adalah dibawah peruntukan negeri masing-masing. Setiap negeri ada Enakmen Peruntukan Diraja, yang diluluskan Dewan Undangan Negeri masing masing. Ini contoh untuk Kedah. Secara asasnya, ianya dipraktikan di negeri negeri lain pun lebih kurang sama juga jumlah dan nilainya:

1. Elaun Sultan – RM 52,600.00 sebulan
2. Elaun keraian Sultan – RM 15,480.00 sebulan
So, setiap bulan Sultan (contoh disini ialah Sultan Kedah) ialah sebanyak RM 68,080.00

Untuk Sultanah pula elaunnya adalah:

1. Elaun Sultanah – RM 12,000.00 sebulan
2. Elaun peribadi Sultanah – RM 2,600.00 sebulan.
Jumlah elaun Sultanah ialah RM 14,600.00 sebulan


Elaun lain lain untuk kerabat ialah:

Raja Muda - RM 13,000.00
Raja Puan Muda – RM 5,200.00
Tunku Bendahara - RM 4,000.00
Isteri Tunku Bendahara - RM 1,250.00
Tunku Temenggung – RM 3,500.00
Isteri Tunku Temenggung - RM 900.00
Tunku Laksamana – RM 3,000.00
Isteri Tunku Laksamana - RM 600.00

Banyak lagi elaun untuk kerabat bergelar.

Selain daripada itu kerabat-kerabat lain pun dapat elauns juga. Contoh macam anakanda anakanda Sultan dapat elauns RM 1,000.00 sebulan dan kerabat jauh sikit (bukan anak Sultan) dinamakan kerabat kategori 2 juga dapat elauns sebanyak RM 500.00 sebulan.


Gaji dan elauns untuk Perdana Menteri, Menteri dan Ahli Parlimen:
Ini semua adalah dibawah Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) pindaan 2005

Gaji untuk sebulan Perdana Menteri, Menteri, MP adalah seperti berikut:

Perdana Menteri – RM 22,826.65 sebulan
Timbalan Perdana Menteri – RM 18,168.15
Menteri-Menteri Kabinet - RM 14,907.20
Timbalan Menteri-Menteri - RM 10,847.65
Setiausaha Parlimen - RM 7,187.40

Ahli Dewan Negara – RM 6,508.59
Ahli Dewan Rakyat – RM 4,112.79

YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan beliau juga adalah MP, maka pendapatan sebulan beliau adalah:

= RM 22,826.65 + RM 14,907.20 + RM 4,112.79
= RM 41,846.64 sebulan

Formula untuk pengiraan elauns mantan Ahli Parlimen.
Pencen:
1/144 x tempoh perkhidmatan (bulan) x Gaji

Minimum pencen dapat ialah separuh dari gaji MP. Bermakna kalau jadi MP satu penggal pun akan dapat pencen paling sikit pun RM 2,056.40 . Lagi lama berkhidmat sebagai MP, lagi banyak pencen dia akan dapat.

Gratuiti:
1/48 x Gaji x 12 x tempoh perkhidmatan (bulan)

Ini tidak termasuk elaun perjalanan, penginapan dan peribadi yang boleh dipinta sekiranya Ahli Parlimen menghadiri penggal sessi persidangan Dewan Rakyat atau Dewan Negara.

:: "Emolumens" nih macam diambil dari perkataan Inggeris "emolument", yang bererti: a salary, fee, or benefit from employment or office.

:: It is not in my intention to bring any bad names or reputation to anybody. This is just for common knowledge. Kalau nak compare2 gaji, atau untuk 'perancangan career' masa hadapan, boleh juga..hahaa.. =)

Khamis, Ogos 12, 2010

Kelebihan Solat Sunat Tarawih

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua
Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga
Para malaikat di bawah 'Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima
Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh
Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas
Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas
Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas
Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua
Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Selasa, Ogos 10, 2010

Ahlan wa Sahlan.,ya RAMADHAN

Lebih kurang hanya beberapa jam je lagi, bulan Sya'aban bakal 'melabuhkan tirainya'. Ini bermakna seluruh umat Islam akan menyambut bulan seterusnya, iaitu Ramadhan. Dalam erti kata lain, umat Islam akan menunaikan rukun Islam ketiga(berpuasa)..

Setahun hanya sekali. Aku yakin, setiap umat Islam pasti teruja dengan kehadiran bulan mulia ini. Macam tu gak apa yg aku rasa sebelum ni. Tapi tidak utk tahun ni...,sebab aku dapat rasakn 1001 mcm perasaan..

  1. Sedih & rindu- selepas 10dis2009, mungkin agak 'kekok' utk aku 'mengharungi' setiap detik tanpa mak tersayang., tahun baru tanpa mak, besday mak(7jan) tanpa mak, besday aku(5mac) tanpa mak, mother's day pun tanpa mak..dan skrg ramadhan tanpa mak..hari raya.??
  2. Takut & berdebar2- selama ni aku hanya menjalankan ibadat puasa hanya semata2 kerana wajib.,tp tahun ni aku berazam utk melakukannya dengan seikhlas2 hati demi mencari keredhaanNya.. Adakah aku berjaya melakukannya.??..insyaallah..
Walaubagaimanapun, aku tetap gembira dengan kehadiran bulan ini seperti insan2 lain. Apapun, Selamat BERPUASA kpd semua umat Islam.

Rabu, Ogos 04, 2010

Antara Anjing Dan AwekMu...

LEMBU : Hai anjing, apa habaq?..Macam ada yg tak kena je..
ANJING : Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.
LEMBU : Ehh??..kenapa?
ANJING : tadi aku lalu tepi dua orang mansia lelaki dan perempuan yg sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis..!!
LEMBU : Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.
ANJING : Kalau yer aku najis sekali pon, jika dia tersentuh aku, boleh disamak lagi. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?
LEMBU : Betul tu. Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.
ANJING : Wah.. ayat ko memang power la... manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"..kui..kui..kui..

Sedikit Penjelasan :

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan bahawa "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram".

Bersentuhan (dengan sengaja/apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

"Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna". (Surah Zumar: 9)

Mengingati Mati...

Melupakan mati bermaksud mematikan hati…

sahabat-sahabat sekalian, sekadar renungan..

Sebelum tidur, pernah terfikirkah tidur ini mungkin tidur yang selamanya? Solat yang dilakukan, mungkinkah kali yang terakhir? Bersalaman dengan ibu bapa jua mungkin yang terakhirkah? Hakikatnya, di dalam Islam kita tidak diajar takut kepada mati, tapi diajar untuk mengingati mati.

Mengingati mati bukanlah menjadikan seseorang itu pasif dan berputus asa, tapi menjadikan sesorang itu aktif dan produktif dalam setiap tindakannya.

Mengingati mati mampu menjadikan seseorang melakukan ibadahnya dengan sempurna, meningkatkan pahala, mengurangkan dosa dan menutup aurat dengan sebaik-baiknya.

Tanyalah pada diri, bersediakah aku menghadap Allah dengan amalan sebegini? Solat yang masih gagal mencapai tahap mencegah diri kita dari perbuatan keji dan mungkar…?

Ketahuilah, Izrail ‘memandang’ kita 70 kali sehari. Bayangkan, jika di saat diri kita membuat maksiat, saat itulah Malakat Izrail menjemputmu, bagaimana agaknya ya?

Husnul Khatimah kah? Mati dalam imankah? Tsunami, gunung berapi, kejadian tanah runtuh, Influenza A, H1N1 dan sebagainya tak pernah diduga oleh sesiapa, baru-baru ini kita dikejutkan dengan pelbagai bencana Alam atau bala yang hakikatnya adalah peringatan buat kita, terlalu banyak… meragut nyawa bukan seorang dua…

dan cukup untuk mengajar kita satu ‘ibrah bahawa kematian datang tiba-tiba, tak kenal sesiapa..