Isnin, Jun 07, 2010

subuh.!!

"aku ceraikan ko.,berambus ko..!!".., camtu la lebih kurang ayat yg aku dengar pagi td..
'bum,bam..pelepuk,pelepak..gang2..dush'.. mcm2 segala bunyi ade..(maaf,xde bunyi HD)..
bising betul la diorng ni ganggu org nk layan mimpi. susah klo duduk umah sebelah org yg suka gaduh laki-bini.. tak paham aku. kes nya kecik jer. 'berebut' handphne.. tu jer,tp boleh lak sampai pukul memukul,bercerai berai..pelikk..

arhh..lantak korang lar.!!,aku nk sambung tido. jap lagi nk g Kuantan...

zzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZ.............

Ahad, Jun 06, 2010

cuti..

ari ni ahad minggu 1st cuti sekolah. So,ramai yg memilih utk meluangkn masa brsama family, jalan2 atau sebagainya.. Tak kurang jugak yang mengabadikan cuti sekolah ni sbg 'hari bahagia' diorang. Biasa lar.,cuti sekolah lebih camni sinonim dgn majlis2 perkahwinan...

note: bile la aku nk jd camni

utk hari ni je boleh dikatakan byk jugak lar jemputan yg aku terima. Tp aku 'terpaksa' buat 1 pilihan jer coz jarak antara semua tempat terlalu jauh...aku pun pening gak nk decide...
  1. (F) Lakum,Lanchang
  2. Paya Keladan,Sanggang
  3. Temerloh Jaya,Temerloh
  4. Sg. Nerek,Maran
last2 aku nekad(xde la sgt) utk attend majlis kt sg.nerek. Kebetulan pulak,bukan jer family aku.,pakcik2,makcik2,sepupu-sepapat aku semua rapat ngn diorg punye family... so,rasa mcm tak 'best' lak klo xder muka kita.,yer takk.??

kpd kawan2 aku.,
  • Faiza- aku mintak ampun cz x dtg wedding ko kat Lakum.,wlopn ko sanggup tahan aku kat tol DUKE semata2 nk invite aku..
  • Nazim- sori,Paya Keladan jauh sgt ler(he3)...knpe ko invite last minit,aku tau pn dr member2..
  • lagi satu- Aman- wlopn wedding ko kt Batu Kapor,sori coz xde sorg pn inform aku..
apa2 pun SELAMAT PENGANTIN BARU kat korang semua erk...
smg kekal ke akhir hayat...Aminn...

Rabu, Jun 02, 2010

takder ape..

hari ni dah masuk 2 jun 2010, bererti blog ni dah berusia 2 hari. secara tak langsung dah 2 hari jugak lar saya bergelar blogger. tapi hari ni rasanya takde ape2 yang menarik pun nak citer.

oppss...sebelum saya melangkah lebih jauh, saya rasa agak kurang selesa dengan kata ganti diri pertama ni. apakata kalau ianya ditukar. maybe lebih afdal kott.. hmm.,macam mana dgn 'aku'.?? rasanya lebih dekat lar ngan u all... lagipn saya tak berniat pun nk jadikn blog ni terlalu formal.

sekiranya ada yang bertanya.,jawapannya mudah..........

ADAA AKU KISAHHH.?????!!!.........

hahahaaa...

baru buat

Assalamualaikum w.b.t...

Dengan lafaz bismillah.,ingin saya memanjatkan kesyukuran di atas segala rezeki & limpah kurniaan-Nya. Kerana-Nya saya masih bernafas. Kerana-Nya blog ini terhasil. Dan Kerana-Nya juga 'silaturrahim' ini terjalin..insyaallah..

Melalui penulisan blog ini,dapatlah kiranya saya berkongsi beberapa pengalaman pahit, manis, suka, duka kehidupan sepanjang saya berada di mukabumi Allah ini..wallahu'alam... Dikesempatan ini,saya juga rasa 'terpanggil' untuk berkongsi ilmu, pandangan/pendapat, nasihat, atau sebagainya bersama rakan2 blogger disana.

Sebelum memulakan coretan,rasanya biarlah saya berterus terang bahawa saya bukanlah seorang penulis yang baik. Jadi,dapatlah kiranya rakan2 blogger mahupun pembaca2 blog ini menerima seadanya kesilapan2 bahasa, ayat, ejaan, shortform dan yang sewaktu dengannya. Jika tersentuh hati, malu, terasa sesuatu yang melibatkan jiwa/perasaan adalah perkara biasa didalam bidang penulisan. Oleh itu,saya memohon jutaaan kemaafan kepada sesiapa yang berasa dirinya terlibat. Sesungguhnya,percayalah..disaat blog ini ditulis,tidak pernah terlintas untuk 'mengcungkil aib' orang perseorangan.

Dan terima kasih juga di atas 'kesetiaan' pembaca2 yang mengikuti perkembangan blog ini..
Semoga ALLAH swt merahmati kita semua...Insyaallah...