Rabu, Jun 02, 2010

baru buat

Assalamualaikum w.b.t...

Dengan lafaz bismillah.,ingin saya memanjatkan kesyukuran di atas segala rezeki & limpah kurniaan-Nya. Kerana-Nya saya masih bernafas. Kerana-Nya blog ini terhasil. Dan Kerana-Nya juga 'silaturrahim' ini terjalin..insyaallah..

Melalui penulisan blog ini,dapatlah kiranya saya berkongsi beberapa pengalaman pahit, manis, suka, duka kehidupan sepanjang saya berada di mukabumi Allah ini..wallahu'alam... Dikesempatan ini,saya juga rasa 'terpanggil' untuk berkongsi ilmu, pandangan/pendapat, nasihat, atau sebagainya bersama rakan2 blogger disana.

Sebelum memulakan coretan,rasanya biarlah saya berterus terang bahawa saya bukanlah seorang penulis yang baik. Jadi,dapatlah kiranya rakan2 blogger mahupun pembaca2 blog ini menerima seadanya kesilapan2 bahasa, ayat, ejaan, shortform dan yang sewaktu dengannya. Jika tersentuh hati, malu, terasa sesuatu yang melibatkan jiwa/perasaan adalah perkara biasa didalam bidang penulisan. Oleh itu,saya memohon jutaaan kemaafan kepada sesiapa yang berasa dirinya terlibat. Sesungguhnya,percayalah..disaat blog ini ditulis,tidak pernah terlintas untuk 'mengcungkil aib' orang perseorangan.

Dan terima kasih juga di atas 'kesetiaan' pembaca2 yang mengikuti perkembangan blog ini..
Semoga ALLAH swt merahmati kita semua...Insyaallah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen lar ape2 jer..jgn mencar*t,sudaa...